Posts

Kalau Nak Duit Gaji Mampu ‘Bernafas’ Sampai Hujung Bulan, Ikut 7 Pesanan Ini

Image
Kalau Nak Duit Gaji Mampu ‘Bernafas’ Sampai Hujung Bulan, Ikut 7 Pesanan Ini Bila dah terima gaji, bagaimana cara nak rasa duit gaji tu sentiasa cukup je walaupun sedikit? Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif: 1. Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer untuk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup! 2. Jangan dilupa “Tabung Haji”, memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna “Nawaitu” itu telah ada! 3. Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru! 4. Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata “Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, reda itu lebih penting. Suami pula jangan ambil kesempatan atas kebaikan is...

Tips Kesihatan Menurut Islam

Image
Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamalkan mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insyaallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah, dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Ia dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang me...

6 Petua Mengekalkan Aroma Pewangi Untuk Lelaki

Image
Pewangi adalah sentuhan terakhir yang melengkapkan gaya lelaki. Kajian mendapati bahawa wanita lebih menggemari lelaki yang menggunakan pewangi. Namun begitu, kebanyakan lelaki merasakan pewangi yang mereka gunakan kurang memberi kesan yang positif kepada mereka. Ini kerana, anda biasanya menggunakan pewangi tanpa mengetahui cara yang betul. Jom baca tip-tip yang akan membantu anda menaikkan aroma pewangi anda dengan cara yang betul. TIP 1 – Sekiranya anda menggunakan krim cukur, gunakan jenama pewangi yang sama seperti jenama krim cukur anda. Menggunakan jenama yang berbeza bukan idea yang hebat kerana kedua-dua bau yang berlainan akan menghasilkan aroma yang kurang menyenangkan. TIP 2 – Semburkan pewangi anda pada pakaian terutama pada bahagian atas baju atau jaket. Semburan boleh diarahkan pada bahagian kolar dan juga di bahagian leher anda. Leher dianggap sebagai tempat yang baik untuk memaksimumkan aroma pewangi anda. Tetapi anda perlu berhati-hati ketika menyembur pewangi p...

5 Tip Tangani Tekanan Di Tempat Kerja

Image
Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia disambut pada 10 Oktober setiap tahun sebagai satu usaha dalam menyebarkan kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan kesihatan insan merangkumi kesihatan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan spiritual. Kesihatan mental di tempat kerja adalah tema uta­ma sambutan pada kali ini yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Persekutuan Kesihatan Mental Sedunia. Yang pasti, tekanan dan bebanan di tempat kerja sewajarnya perlu diberikan perhatian. Akibat work overload, seorang pekerja berpotensi untuk tertekan dan seterusnya berpotensi untuk meningkatkan risiko ancaman terhadap kesejahte­raan pekerja dalam persekitaran pekerjaan pada abad ke-21 ini. Oleh itu, kami senaraikan 5 tip terbaik tangani tekanan di tempat kerja. 1. BERSYUKUR Cara pertama yang boleh diambil untuk mengatasi stres adalah dengan bersyukur. Menurut pakar psikologi Robert Emmons, rasa kesyukuran dapat membangkitkan sistem kekebalan psikologi dan sekaligun...

8 Sunnah Cara Rasulullah Menjaga Kesihatan Diri & Hidup Sihat

Image
Pernahkah anda terdengar bahawa Rasulullah pernah ditimpa sakit yang teruk? Sebenarnya Rasulullah banyak mencontohkan kepada kita bagaimana baginda menjalani hidup untuk kekal sihat. Benarlah, menghidupkan sunnah nabi akan memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan. Malah diberi pahala. Berbalik kepada tajuk asal, bagaimana cara Rasulullah menjaga kesihatan? Ini adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat. 1# SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran. 2# CARA RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN ADALAH DENGAN AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong ...

Kanser Bukan Berpunca Daripada Genetik Je, Doktor Ini Kongsi 3 Risiko Daripada Pemakanan Kita

Image
Kanser Bukan Berpunca Daripada Genetik Je, Doktor Ini Kongsi 3 Risiko Daripada Pemakanan Kita Kanser merupakan pembunuh utama dan dijangka menjadi pembunuh lebih besar dengan peningkatan 54 peratus bagi kes baharu menjelang 2025 sekiranya ia tidak ditangani. Menurut doktor Hafiz Sulaiman kanser ini bukan saja berpunca dari genetik tapi penyumpang utama kepada penyakit kanser ini adalah dari gaya hidup dan pemakanan harian kita. Terkejut saya baca perkongsian di blog parenting mengenai cupcake dan pastri tiada kaitan dengan kanser? Tak hairan ramai dapat kanser zaman moden ini terutama yang muda-muda dah dapat kanser orang tua seperti kanser usus. Lagi ramai wanita muda dapat kanser payudara. Kanser ini bukan cuma genetik semata-mata. Mohon ingat dan sebarkan kepada semua, 3 RISIKO UTAMA KANSER YANG BERKAIT PEMAKANAN: 1) OBESITI Menurut National Cancer Institute (NCI), obesiti berkait rapat dengan kanser endometrium, esofagus, perut, hati, buah pinggang, darah (multiple myeloma)...

6 Khasiat Taugeh Anda Patut Ambik Tahu, Salah Satu Tingkatkan Kesuburan Sperma!

Image
6 Khasiat Taugeh Anda Patut Ambik Tahu, Salah Satu Tingkatkan Kesuburan Sperma! Ada bermacam-macam jenis sayur yang kaya dengan vitamin dan serat yang baik untuk tubuh. Tapi, mesti ramai yang tidak tahu bahawa setiap jenis sayur mengandungi protein dan khasiat yang berbeza. Sayur taugeh, memang ramai yang tak sukakan sayur ini sebenarnya, tapi sebenarnya ia sangat baik terutama sekali untuk kuruskan badan dan kesuburan lelaki. Ini 6 kebaikan sayur taugeh yang ramai tidak tahu! 1. Sumber enzim Taugeh mengandungi 100 kali lebih banyak enzim berbanding sayuran dan buah-buahan yang tidak dimasak. Enzim ini adalah protein istimewa untuk meningkatkan fungsi organ dalam tubuh. 2. Sumber protein Taugeh boleh menggantikan sumber proteing baik yang lain seperti daging atau ayam. Taugeh mengandungi 35 peratus protein untuk tubuh. 3. Mudah dihadam Memandangkan jumlah enzim yang cukup banyak di dalamnya, taugeh mudah dihadam. Taugeh membantu mereka yang ada masalah perut kembung dan pengh...

8 Teknik Diet Yang Dilakukan Lelaki Ini, Dia Berjaya Turunkan 5kg Dalam Tempoh Sebulan Tanpa Berlapar

Image
8 Teknik Diet Yang Dilakukan Lelaki Ini, Dia Berjaya Turunkan 5kg Dalam Tempoh Sebulan Tanpa Berlapar “Aku diet ni tak boleh makan tengahari dengan kau” , pernah ke dengar ayat ini bila kita ajak kawan makan tengahari bersama waktu lunch. Perkataan diet, nak kurus , aku dah gemuk memang sinonim kan , tapi sedarkan mereka yang nak kurus ini bahawa apa yang dilakukan itu adalah sangat tidak betul dan salah . Kenapa saya kata salah?Sebabnya berlapar atau tahan perut dari makan bukanlah amalan pemakanan yang betul dan akan memberikan kesan jangka panjang. Siapa nak tahu diet cara saya turun 5kg sebulan tanpa perlu berlapar. Nak tahu apa rutin dan apa yang saya makan yang dapat membantu turunkan berat badan dengan sihat dan nampak kesan yang lebih baik. Boleh ikuti Diet Cara Saya Turun 5Kg Sebulan Tanpa Perlu Berlapar. 1 Detox Pagi Bermula jam 6 pagi setelah bangun pagi semasa nak solat subuh tu minum dahulu segelas air kosong, ini adalah kaedah detox semulajadi yang menjadi amalan ...

BNM nasihat orang ramai berwaspada tawaran syiling permulaan

Image
SURUHANJAYA Sekuriti Malaysia (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM) menasihatkan orang ramai agar berwaspada terhadap sebarang skim tawaran syiling permulaan (ICO). Orang ramai diingatkan untuk berhati-hati sebelum menyertai sebarang skim ICO dengan menyemak namanya dalam senarai institusi yang berlesen di bawah undang-undang yang ditadbir oleh badan kawal selia. Bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, penerbit juga perlu sedar bahawa pelancaran ICO, tawaran token digital sebagai pertukaran bagi mata wang digital atau sebarang bentuk  pembayaran dan aktiviti sampingannya, mungkin mencetuskan keperluan kawal selia di bawah undang-undang sekuriti.  “Tiada sesiapa dibenarkan untuk menjalankan apa-apa aktiviti dikawal selia seperti pengumpulan dana, pengurusan dana dan berurus niaga dalam produk pasaran modal tanpa memperoleh kelulusan atau kebenaran yang perlu daripada SC. “Selain itu, pengendali ICO dilarang daripada menjalankan aktiviti dikawal selia seperti...

Samsung, Apple didakwa perlahankan fungsi telefon model lama

Image
ROM - ITALI. Pihak berkuasa anti monopoli Itali telah melancarkan satu siasatan terhadap dua syarikat telekomunikasi gergasi Samsung Electronics Co dari Korea Selatan dan Apple Inc dari Amerika Syarikat (AS) yang disyaki sengaja memperlahankan fungsi telefon pintar model lama bagi mendorong pengguna membeli model baharu, lapor agensi berita Yonhap. Agensi itu pada Khamis berkata kedua-dua syarikat akan disiasat berhubung amalan komersial yang mungkin tidak adil berikutan aduan oleh pengguna. Akhbar tempatan melaporkan bahawa kedua-dua syarikat dipercayai telah menggunakan komponen tertentu yang rosak dalam telefon bimbit model lama masing-masing bagi memperlahankan fungsi gajet itu. Jika perkara itu disahkan, kedua-dua syarikat boleh didenda. Bulan lepas, Apple telah mengaku bahawa ia menggodek-godek kelajuan beberapa iPhone menerusi pengemaskinian perisian bagi menyelesaikan masalah bateri. Pengguna di seluruh dunia memfailkan saman terhadap firma Amerika itu. Samsung pula m...

Perodua sasar jualan 209,000 unit pada 2018

Image
PENGELUAR kereta tempatan, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menjangka jualan meningkat sebanyak dua peratus kepada 209,000 unit pada tahun ini berbanding 204,900 unit pada tahun lepas. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata pertumbuhan tersebut akan dipacu terutamanya oleh jualan model Myvi dan Axia. "Kami menjangka lebih banyak pendaftaran pada masa akan datang," katanya kepada pemberita pada ulasan mengenai prestasi tahunan syarikat itu di sini hari ini. Beliau berkata edisi Myvi yang terbaharu, dilancarkan pada November tahun lepas, telah mendapat lebih 36,000 tempahan dan lebih 11,000 unit telah diserahkan. Daripada jumlah tempahan yang dibuat bagi Myvi, katanya sebanyak 85 peratus bagi varian 1.5 liter dan 15 peratus bagi varian 1.3 liter. Perodua turut dijangka menerajui pasaran dengan 35 peratus bahagian pasaran pada tahun ini, katanya, sambil menambah pengeluaran diunjurkan meningkat sebanyak lapan peratus kepada ...

Transaksi tanpa tunai

Image
“DALAM dompet ada RM20, tapi banyak benda nak kena beli, duit tak cukuplah. Nak cucuk duit, kena cari ATM pulak!” Situasi tersebut mungkin dialami oleh kebanyakan daripada pengguna ketika berada di saat-saat memerlukan tunai untuk melakukan pelbagai urusan. Tetapi, biarpun hanya mempunyai RM20 sahaja ketika itu, pengguna masih boleh membeli dengan adanya teknologi tanpa tunai ketika ini. Hanya gunakan kad prabayar, kad kredit, kad debit atau telefon pintar, pengguna kini boleh melakukan sebarang transaksi dan pembelian. Kemudahan teknologi digital yang disediakan oleh kebanyakan premis termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ketika ini, nyata memudahkan pengguna membuat bayaran dan pembelian walau di mana berada. Ramai peniaga mula menyediakan kemudahan dompet digital di premis perniagaan masing-masing dan menerima sambutan baik daripada pelanggan. Usaha itu selaras dengan visi Bank Negara Malaysia (BNM) ke arah mewujudkan masyarakat tanpa tunai mulai 2020. Untuk merea...

Ini 6 Makanan Kamu Patut Cuba Untuk Hilangkan Ketagihan Merokok

Image
Plan Nak Berhenti Merokok, Ini 6 Makanan Kamu Patut Cuba Untuk Hilangkan Ketagihan. Tahukan anda jika ada makanan yang boleh membantu anda untuk berhenti merokok? Jika anda berhajat untuk berhenti merokok, tetapi tidak berjaya, anda boleh cuba mengambil makanan yang membantu anda untuk berhenti merokok. Namun, makanan ini bukanlah perkara utama dalam proses anda untuk berhenti merokok kerana perkara yang paling penting adalah niat sebenar anda itu. Antara Tips Berhenti Merokok adalah seperti berikut: 1. Madu Madu secara bertahap akan melepaskan glukosa ke aliran darah. Tambahan pula, madu memiliki antioksidan yang akan membantu dalam menghilangkan racun dalam tubuh. 2. Makanan Masin Makanan masin dapat memadamkan para pengidam rokok. Jadi, cubalah makan dalam kuantiti yang sedikit makanan masin atau mengambil secubit garam. 3. Halia & Bawang Putih Halia dan bawang putih juga membantu dalam memerangi rokok. Rasa ‘panas’ halia dan bawang putih akan membantu anda melepask...

Toksin Berlebihan Punca Lelaki Cepat Mati Secara Senyap

Image
Toksin Berlebihan Punca Lelaki Cepat Mati Secara Senyap Jom berdetox sekarang untuk mengekalkan kesihatan yang sihat setiap hari! 1.Toksin dari luar (Eksotoksin) – iaitu disebabkan oleh makanan yang diproses seperti burger,makanan yang mengandungi pengawet, makanan yang dipanggang dan racun kimia atau racun serangga.Selain itu, penggunaan kosmetik juga turut menyumbang kepada toksin luaran ini, selain bahan kimia untuk penggunaan domestic seperti sabun basuh, bahan peluntur, bahan pewarna dan sebagainya. 2.Toksin dalaman (Endotoksin) -yang berpunca daripada gangguan emosi, stress, dan kotoran yang tersumbat dalam usus. Secara umumnya masalah- masalah seperti jerawat, alahan, selesema, bau badan, mulut bau dan banyak lagi terjadi kerana fungsi pembuangan toksin yang sepatutnya berlaku terjadi sebaliknya. Jadi, toksin itu tetap keluar namun dalam bentuk cela pada kulit manusia. Simptom di atas hanya yang boleh dilihat pada wajah, sedangkan, di dalam organ tubuh yang tidak pern...

4 Cara Lelaki Boleh Amal Untuk Tingkatkan Daya Ingatan

Image
4 Cara Lelaki Boleh Amal Untuk Tingkatkan Daya Ingatan 1-Mengunyah gula-gula getah Percaya atau tidak, gula-gula getah sebenarnya boleh meningkatkan kewaspadaan dan memori menjadi lebih baik. Dua penyelidikan yang dilaporkan di dalam Journal Appetite pada tahun 2002 dan 2004, mendapati mengunyah gula-gula getah dapat meningkatkan denyutan jantung yang kemudian akan meningkatkan aliran darah ke otak. 2-Bersenam atau bersukan Jika selama ini ramai orang melakukan senaman atau bersukan agar tubuh lebih sihat dan kuat, ternyata aktiviti mengurangkan kalori dalam badan ini juga memiliki rahsia sebagai penambah memori.Tidak perlu ke gym atau melakukan senaman berat, tetapi dengan berjalan kaki, naik tangga atau berbasikal boleh meningkatkan ingatan lebih baik berbanding tidak melakukannya. 3-Minum minuman berkafein Meskipun banyak pihak mempersoalkan kelebihan dan bahaya mengambil kafein, tetapi kafein dikatakan mampu meningkatkan kewaspadaan dan memori. Terdapat pelbagai penyelidi...

Jenis Makanan Yang Lelaki Wajib Tahu Untuk Menaikkan Aura Lelaki Kamu!

Image
Jenis Makanan Yang Lelaki Wajib Tahu Untuk Menaikkan Aura Lelaki Kamu! Jangan bagi alasan hari cuti sebegini anda lebih memilih snek. Sebagai lelaki, anda memang memerlukan nutrien untuk membantu anda mengekalkan jisim otot, mencegah kanser prostat dan sebagainya. Banyak makanan kegemaran anda bukanlah pilihan baik untuk kesihatan dalaman lelaki. Seperti wanita yang perlu mengambil makanan sihat sepanjang hamil, anda juga perlu makanan sihat untuk kekal bertenaga bersama isteri dan macho di mata si dia. 6 Makanan Bangkit Kelelakian Anda TIRAM Ramai yang tidak tahu bahawa tiram merupakan sumber makanan cinta adalah benar. Kandungan antioksida dan zink mineral di dalamnya mampu membantu memperbaiki sel, menghasilkan DNA sihat sehinggalah mencegah penyakit kanser prostat. FUNGSI SEKSUAL SISTEM PEMBIAKAN LELAKI TERMASUK BILANGAN SPERMA JUGA AKAN BERTAMBAH KERANA BANTUAN ZAT SEPERTI ZINK. Namun, hati-hati jika tiram tidak dimasak sempurna kerana satu jangkitan dikenali seb...

10 Sebab Kenapa Perempuan Sekarang Berani Pukul Lelaki?

Image
10 Sebab Kenapa Perempuan Sekarang Berani Pukul Lelaki? Berdiam diri kerana malu atau terus diseksa secara fizikal mahupun mental? Itulah yang terlintas di benak fikiran segelintir lelaki yang mengalami trauma akibat didera oleh isteri mahupun teman wanita sendiri. Fakta yang dikeluarkan dan lebih mengejutkan hampir 40 peratus daripada kaum lelaki menjadi mangsa penderaan domestik di United Kingdom dan lebih 4000 lelaki di Taiwan mendapatkan pertolongan akibat didera sang isteri sejak 2009. Dayus? atau terlalu sayang menjadi tanda tanya terhadap permasalahan ini. Ketahui beberapa punca perkara ini terjadi tanpa kita sedar, tetapi sebenarnya meruncing. 1.Konflik kewangan Isteri lebih dominan dalam keluarga dan memperoleh pendapatan lebih tinggi daripada suami adalah punca utama masalah ini terjadi. Tekanan kewangan yang timbul ini adalah punca utama keganasan rumah tangga terhadap lelaki. Kajian telah menunjukkan kekerapan lelaki yang diserang wanita kira-kira sama dengan lela...

7 Sebab Kenapa Lelaki Selalu Curang

Image
Bolehkah lelaki memberi alasan bahawa kecurangannya itu adalah tidak disengajakan? Naah! Tipu semata. Everything happens for a reason, right? Jom kita lihat sebab mengapa si lelaki ini suka dan mudah curang dengan pasangan mereka. 1. Peluang ada di mana-mana Si lelaki tahu bahawa girlfriend/ isteri mereka tiada di sisi dan mereka tidak punya sixth sense untuk mengetahui apa yang sedang anda lakukan di belakang mereka. Ini membuka peluang untuk mereka berfoya-foya dengan perempuan lain. Media dan telekomunikasi membawa kenaikan drastik kepada peningkatan kadar penceraian. Namun perlu diingat, ketika si lelaki leka mencuri peluang, di pihak perempuan pula sibuk memasang ‘mata-mata’. Jangan sampai kantoi! 2. Test Market Setia dengan perhubungan jangkamasa panjang boleh membuatkan lelaki menjadi sangsi dengan marketability dirinya. Adakah dia masih tampan dan macho pada mata orang di luar sana? Jadi mereka cenderung untuk flirt dengan perempuan sepejabat atau bermain SMS romantis. ...

9 Ciri Lelaki Masih Teruna?

Image
9 Ciri Lelaki Masih Teruna? 1. Lelaki teruna sikapnya lebih cenderung kepada suka mencuri pandang perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna kerana mereka ini lebih gemar untuk melihat hanya pada bentuk tubuh wanita. 2. Lelaki teruna ini akan segera mengalihkan pandangan apabila bertentangan mata dengan wanita yang cantik manakala lelaki yang tak teruna ini pula lebih bijak untuk mengekalkan pandangan ketika bertentangan mata. 3. Lelaki teruna ternyata akan lebih menunduk apabila dipandang oleh wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk menutup senyum) berbanding dengan lelaki yang tak teruna hanya menunjukkan reaksi bersahaja. 4. Lelaki teruna akan berasa malu untuk membuka mulut ketika makan atau bercakap di hadapan wanita yang cantik. Malahan lelaki teruna juga akan berlagak seperti “kena interview” apabila bercakap dan badannya kaku. 5. Lelaki teruna pula jantungnya akan berdegup dengan kencang terutamanya apabila mendapati ada wan...

Malu Nak Bergaya Dengan Baju Bundle? Hey Come On! Gaya Fesyen Itu Bukan Terletak Pada Jenama Semata-mata!

Image
Malu Nak Bergaya Dengan Baju Bundle? Hey Come On! Gaya Fesyen Itu Bukan Terletak Pada Jenama Semata-mata! “Fashion is about dressing according to what’s fashionable. Style is more about being yourself.”- Oscar de la Renta Berapa jumlah wang yang anda laburkan untuk membeli sehelai baju? Dan bagaimana anda memilih rekaan baju itu? Adakah dari jenama nya atau rekaan yang bersesuaian dengan gaya anda sendiri? Saya akui, hari ini rata-rata dari kita adalah brand concious. Membeli hanya dari jenama mewah untuk disarungkan di tubuh mereka.Terlalu memilih. Masalahnya, mereka menganggap apabila menyarungkan helaian mewah dari jenama seperi Prada, Gucci , dan Louis Vuitton, mereka ini adalah golongan yang menghargai fesyen. Seolah-olah memahami konsep berfesyen itu. Walhal, semakin kita selami erti fesyen itu, semakin kita kenal corak industri fesyen yang tidaklah berpaksikan hanya pada jenama semata-mata. Tidak bermakna jika anda membeli sehelai jumper yang berharga RM 2,000 anda sudah...