Posts

Showing posts with the label Transaksi tanpa tunai

Transaksi tanpa tunai

Image
“DALAM dompet ada RM20, tapi banyak benda nak kena beli, duit tak cukuplah. Nak cucuk duit, kena cari ATM pulak!” Situasi tersebut mungkin dialami oleh kebanyakan daripada pengguna ketika berada di saat-saat memerlukan tunai untuk melakukan pelbagai urusan. Tetapi, biarpun hanya mempunyai RM20 sahaja ketika itu, pengguna masih boleh membeli dengan adanya teknologi tanpa tunai ketika ini. Hanya gunakan kad prabayar, kad kredit, kad debit atau telefon pintar, pengguna kini boleh melakukan sebarang transaksi dan pembelian. Kemudahan teknologi digital yang disediakan oleh kebanyakan premis termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ketika ini, nyata memudahkan pengguna membuat bayaran dan pembelian walau di mana berada. Ramai peniaga mula menyediakan kemudahan dompet digital di premis perniagaan masing-masing dan menerima sambutan baik daripada pelanggan. Usaha itu selaras dengan visi Bank Negara Malaysia (BNM) ke arah mewujudkan masyarakat tanpa tunai mulai 2020. Untuk merea...