5 Tip Tangani Tekanan Di Tempat Kerja
Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia disambut pada 10 Oktober setiap tahun sebagai satu usaha dalam menyebarkan kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan kesihatan insan merangkumi kesihatan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan spiritual. Kesihatan mental di tempat kerja adalah tema utama sambutan pada kali ini yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Persekutuan Kesihatan Mental Sedunia.
Yang pasti, tekanan dan bebanan di tempat kerja sewajarnya perlu diberikan perhatian. Akibat work overload, seorang pekerja berpotensi untuk tertekan dan seterusnya berpotensi untuk meningkatkan risiko ancaman terhadap kesejahteraan pekerja dalam persekitaran pekerjaan pada abad ke-21 ini. Oleh itu, kami senaraikan 5 tip terbaik tangani tekanan di tempat kerja.
1. BERSYUKUR
Cara pertama yang boleh diambil untuk mengatasi stres adalah dengan bersyukur. Menurut pakar psikologi Robert Emmons, rasa kesyukuran dapat membangkitkan sistem kekebalan psikologi dan sekaligun membina benteng kesedaran dalam jiwa untuk kebal dari berhadapan masalah kecil mahupun besar. Dengan kata lain, fikiran anda akan lebihpositif sehingga anda meyakini bahawa sentiasa ada jalan keluar dari masalah yang membuatkan anda tertekan.
2. MENGHELA NAFAS
Cara kedua adalah dengan menghela nafas dalam-dalam. Tutup mata, tumpukan fikiran kepada perkara yang menyenangkan dan lepaskan nafas perlahan-lahan. Lakukan rutin ini selama 2-5 minit. Menarik nafas dalam-dalam akan membantu anda meredakan saraf-saraf otak yang tegang. Selain itu, rutin ini dapat meningkatkan fokus anda.
3. KETAWA
Laugh all the way! Jika benar pekerjaan membuatkan anda stres, ketawalah. Anda boleh memaksa diri untuk ketawa dengan melihat video-video lucu di YouTube. Apa pun penyebabnya, ketawa memicu rembesan hormon endorfin dan dopamin di otak Anda. Kedua-dua hormon tersebut berperanan dalam membuatkan seseorang rasa tenang dan bahagia. Namun ingat, rutin ini haruslah dilakukan berpada-pada jangan sampai menganggu ketenteraman pekerja lain serta memberi efek kepada kelangsungan tugasan harian anda.
4. MENDENGAR MUZIK
Cara ini terbukti antara yang paling berkesan. Mendengar muzik ternyata dapat melegakan fikiran anda. Sebaiknya pilihlah muzik yang santai dan lembut. Tetapi pastikan muzik itu tidak terlalu kuat sehingga boleh membuatkan teman lain menegur anda.
5. SEMBANG DENGAN TEMAN SEBELAH
Ya, pentingnya untuk anda mempunyai seorang teman di sebelah stesen kerja anda. Ambil lah peluang untuk berbual dengannya sekali sekala. Dengan demikian, anda tidak akan lagi memendam masalah sendirian dan siapa tahu teman anda tersebut mungkin dapat memberikan solusi akan masalah anda itu. Secara tidak langsung, anda akan merasa beban anda akan ringan berbanding berdiam diri.
Comments
Post a Comment