Samsung, Apple didakwa perlahankan fungsi telefon model lama

ROM - ITALI. Pihak berkuasa anti monopoli Itali telah melancarkan satu siasatan terhadap dua syarikat telekomunikasi gergasi Samsung Electronics Co dari Korea Selatan dan Apple Inc dari Amerika Syarikat (AS) yang disyaki sengaja memperlahankan fungsi telefon pintar model lama bagi mendorong pengguna membeli model baharu, lapor agensi berita Yonhap.

Agensi itu pada Khamis berkata kedua-dua syarikat akan disiasat berhubung amalan komersial yang mungkin tidak adil berikutan aduan oleh pengguna.

Akhbar tempatan melaporkan bahawa kedua-dua syarikat dipercayai telah menggunakan komponen tertentu yang rosak dalam telefon bimbit model lama masing-masing bagi memperlahankan fungsi gajet itu.

Jika perkara itu disahkan, kedua-dua syarikat boleh didenda.

Bulan lepas, Apple telah mengaku bahawa ia menggodek-godek kelajuan beberapa iPhone menerusi pengemaskinian perisian bagi menyelesaikan masalah bateri.

Pengguna di seluruh dunia memfailkan saman terhadap firma Amerika itu.

Samsung pula memaklumkan PhoneArena, sebuah saluran media AS bagi berita IT, bulan lepas bahawa ia tidak memperlahankan telefon dengan bateri lama. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Wangikan Ruang Kediaman Dengan 6 Cara Ini, Yang Penting “Cost Saving”

8 Teknik Diet Yang Dilakukan Lelaki Ini, Dia Berjaya Turunkan 5kg Dalam Tempoh Sebulan Tanpa Berlapar

Persiapan Yang Perlu Kamu Tahu Sebelum Melancong Ke Destinasi Pilihan