Posts

Showing posts with the label Perodua. myvi

Perodua sasar jualan 209,000 unit pada 2018

Image
PENGELUAR kereta tempatan, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menjangka jualan meningkat sebanyak dua peratus kepada 209,000 unit pada tahun ini berbanding 204,900 unit pada tahun lepas. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata pertumbuhan tersebut akan dipacu terutamanya oleh jualan model Myvi dan Axia. "Kami menjangka lebih banyak pendaftaran pada masa akan datang," katanya kepada pemberita pada ulasan mengenai prestasi tahunan syarikat itu di sini hari ini. Beliau berkata edisi Myvi yang terbaharu, dilancarkan pada November tahun lepas, telah mendapat lebih 36,000 tempahan dan lebih 11,000 unit telah diserahkan. Daripada jumlah tempahan yang dibuat bagi Myvi, katanya sebanyak 85 peratus bagi varian 1.5 liter dan 15 peratus bagi varian 1.3 liter. Perodua turut dijangka menerajui pasaran dengan 35 peratus bahagian pasaran pada tahun ini, katanya, sambil menambah pengeluaran diunjurkan meningkat sebanyak lapan peratus kepada ...