Posts

Kanser Bukan Berpunca Daripada Genetik Je, Doktor Ini Kongsi 3 Risiko Daripada Pemakanan Kita

Image
Kanser Bukan Berpunca Daripada Genetik Je, Doktor Ini Kongsi 3 Risiko Daripada Pemakanan Kita Kanser merupakan pembunuh utama dan dijangka menjadi pembunuh lebih besar dengan peningkatan 54 peratus bagi kes baharu menjelang 2025 sekiranya ia tidak ditangani. Menurut doktor Hafiz Sulaiman kanser ini bukan saja berpunca dari genetik tapi penyumpang utama kepada penyakit kanser ini adalah dari gaya hidup dan pemakanan harian kita. Terkejut saya baca perkongsian di blog parenting mengenai cupcake dan pastri tiada kaitan dengan kanser? Tak hairan ramai dapat kanser zaman moden ini terutama yang muda-muda dah dapat kanser orang tua seperti kanser usus. Lagi ramai wanita muda dapat kanser payudara. Kanser ini bukan cuma genetik semata-mata. Mohon ingat dan sebarkan kepada semua, 3 RISIKO UTAMA KANSER YANG BERKAIT PEMAKANAN: 1) OBESITI Menurut National Cancer Institute (NCI), obesiti berkait rapat dengan kanser endometrium, esofagus, perut, hati, buah pinggang, darah (multiple myeloma)...

6 Khasiat Taugeh Anda Patut Ambik Tahu, Salah Satu Tingkatkan Kesuburan Sperma!

Image
6 Khasiat Taugeh Anda Patut Ambik Tahu, Salah Satu Tingkatkan Kesuburan Sperma! Ada bermacam-macam jenis sayur yang kaya dengan vitamin dan serat yang baik untuk tubuh. Tapi, mesti ramai yang tidak tahu bahawa setiap jenis sayur mengandungi protein dan khasiat yang berbeza. Sayur taugeh, memang ramai yang tak sukakan sayur ini sebenarnya, tapi sebenarnya ia sangat baik terutama sekali untuk kuruskan badan dan kesuburan lelaki. Ini 6 kebaikan sayur taugeh yang ramai tidak tahu! 1. Sumber enzim Taugeh mengandungi 100 kali lebih banyak enzim berbanding sayuran dan buah-buahan yang tidak dimasak. Enzim ini adalah protein istimewa untuk meningkatkan fungsi organ dalam tubuh. 2. Sumber protein Taugeh boleh menggantikan sumber proteing baik yang lain seperti daging atau ayam. Taugeh mengandungi 35 peratus protein untuk tubuh. 3. Mudah dihadam Memandangkan jumlah enzim yang cukup banyak di dalamnya, taugeh mudah dihadam. Taugeh membantu mereka yang ada masalah perut kembung dan pengh...

8 Teknik Diet Yang Dilakukan Lelaki Ini, Dia Berjaya Turunkan 5kg Dalam Tempoh Sebulan Tanpa Berlapar

Image
8 Teknik Diet Yang Dilakukan Lelaki Ini, Dia Berjaya Turunkan 5kg Dalam Tempoh Sebulan Tanpa Berlapar “Aku diet ni tak boleh makan tengahari dengan kau” , pernah ke dengar ayat ini bila kita ajak kawan makan tengahari bersama waktu lunch. Perkataan diet, nak kurus , aku dah gemuk memang sinonim kan , tapi sedarkan mereka yang nak kurus ini bahawa apa yang dilakukan itu adalah sangat tidak betul dan salah . Kenapa saya kata salah?Sebabnya berlapar atau tahan perut dari makan bukanlah amalan pemakanan yang betul dan akan memberikan kesan jangka panjang. Siapa nak tahu diet cara saya turun 5kg sebulan tanpa perlu berlapar. Nak tahu apa rutin dan apa yang saya makan yang dapat membantu turunkan berat badan dengan sihat dan nampak kesan yang lebih baik. Boleh ikuti Diet Cara Saya Turun 5Kg Sebulan Tanpa Perlu Berlapar. 1 Detox Pagi Bermula jam 6 pagi setelah bangun pagi semasa nak solat subuh tu minum dahulu segelas air kosong, ini adalah kaedah detox semulajadi yang menjadi amalan ...

BNM nasihat orang ramai berwaspada tawaran syiling permulaan

Image
SURUHANJAYA Sekuriti Malaysia (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM) menasihatkan orang ramai agar berwaspada terhadap sebarang skim tawaran syiling permulaan (ICO). Orang ramai diingatkan untuk berhati-hati sebelum menyertai sebarang skim ICO dengan menyemak namanya dalam senarai institusi yang berlesen di bawah undang-undang yang ditadbir oleh badan kawal selia. Bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, penerbit juga perlu sedar bahawa pelancaran ICO, tawaran token digital sebagai pertukaran bagi mata wang digital atau sebarang bentuk  pembayaran dan aktiviti sampingannya, mungkin mencetuskan keperluan kawal selia di bawah undang-undang sekuriti.  “Tiada sesiapa dibenarkan untuk menjalankan apa-apa aktiviti dikawal selia seperti pengumpulan dana, pengurusan dana dan berurus niaga dalam produk pasaran modal tanpa memperoleh kelulusan atau kebenaran yang perlu daripada SC. “Selain itu, pengendali ICO dilarang daripada menjalankan aktiviti dikawal selia seperti...

Samsung, Apple didakwa perlahankan fungsi telefon model lama

Image
ROM - ITALI. Pihak berkuasa anti monopoli Itali telah melancarkan satu siasatan terhadap dua syarikat telekomunikasi gergasi Samsung Electronics Co dari Korea Selatan dan Apple Inc dari Amerika Syarikat (AS) yang disyaki sengaja memperlahankan fungsi telefon pintar model lama bagi mendorong pengguna membeli model baharu, lapor agensi berita Yonhap. Agensi itu pada Khamis berkata kedua-dua syarikat akan disiasat berhubung amalan komersial yang mungkin tidak adil berikutan aduan oleh pengguna. Akhbar tempatan melaporkan bahawa kedua-dua syarikat dipercayai telah menggunakan komponen tertentu yang rosak dalam telefon bimbit model lama masing-masing bagi memperlahankan fungsi gajet itu. Jika perkara itu disahkan, kedua-dua syarikat boleh didenda. Bulan lepas, Apple telah mengaku bahawa ia menggodek-godek kelajuan beberapa iPhone menerusi pengemaskinian perisian bagi menyelesaikan masalah bateri. Pengguna di seluruh dunia memfailkan saman terhadap firma Amerika itu. Samsung pula m...

Perodua sasar jualan 209,000 unit pada 2018

Image
PENGELUAR kereta tempatan, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menjangka jualan meningkat sebanyak dua peratus kepada 209,000 unit pada tahun ini berbanding 204,900 unit pada tahun lepas. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata pertumbuhan tersebut akan dipacu terutamanya oleh jualan model Myvi dan Axia. "Kami menjangka lebih banyak pendaftaran pada masa akan datang," katanya kepada pemberita pada ulasan mengenai prestasi tahunan syarikat itu di sini hari ini. Beliau berkata edisi Myvi yang terbaharu, dilancarkan pada November tahun lepas, telah mendapat lebih 36,000 tempahan dan lebih 11,000 unit telah diserahkan. Daripada jumlah tempahan yang dibuat bagi Myvi, katanya sebanyak 85 peratus bagi varian 1.5 liter dan 15 peratus bagi varian 1.3 liter. Perodua turut dijangka menerajui pasaran dengan 35 peratus bahagian pasaran pada tahun ini, katanya, sambil menambah pengeluaran diunjurkan meningkat sebanyak lapan peratus kepada ...

Transaksi tanpa tunai

Image
“DALAM dompet ada RM20, tapi banyak benda nak kena beli, duit tak cukuplah. Nak cucuk duit, kena cari ATM pulak!” Situasi tersebut mungkin dialami oleh kebanyakan daripada pengguna ketika berada di saat-saat memerlukan tunai untuk melakukan pelbagai urusan. Tetapi, biarpun hanya mempunyai RM20 sahaja ketika itu, pengguna masih boleh membeli dengan adanya teknologi tanpa tunai ketika ini. Hanya gunakan kad prabayar, kad kredit, kad debit atau telefon pintar, pengguna kini boleh melakukan sebarang transaksi dan pembelian. Kemudahan teknologi digital yang disediakan oleh kebanyakan premis termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ketika ini, nyata memudahkan pengguna membuat bayaran dan pembelian walau di mana berada. Ramai peniaga mula menyediakan kemudahan dompet digital di premis perniagaan masing-masing dan menerima sambutan baik daripada pelanggan. Usaha itu selaras dengan visi Bank Negara Malaysia (BNM) ke arah mewujudkan masyarakat tanpa tunai mulai 2020. Untuk merea...