Posts

Kalau Nak Duit Gaji Mampu ‘Bernafas’ Sampai Hujung Bulan, Ikut 7 Pesanan Ini

Image
Kalau Nak Duit Gaji Mampu ‘Bernafas’ Sampai Hujung Bulan, Ikut 7 Pesanan Ini Bila dah terima gaji, bagaimana cara nak rasa duit gaji tu sentiasa cukup je walaupun sedikit? Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif: 1. Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer untuk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup! 2. Jangan dilupa “Tabung Haji”, memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna “Nawaitu” itu telah ada! 3. Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru! 4. Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata “Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, reda itu lebih penting. Suami pula jangan ambil kesempatan atas kebaikan is...

Tips Kesihatan Menurut Islam

Image
Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamalkan mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insyaallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah, dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Ia dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang me...

6 Petua Mengekalkan Aroma Pewangi Untuk Lelaki

Image
Pewangi adalah sentuhan terakhir yang melengkapkan gaya lelaki. Kajian mendapati bahawa wanita lebih menggemari lelaki yang menggunakan pewangi. Namun begitu, kebanyakan lelaki merasakan pewangi yang mereka gunakan kurang memberi kesan yang positif kepada mereka. Ini kerana, anda biasanya menggunakan pewangi tanpa mengetahui cara yang betul. Jom baca tip-tip yang akan membantu anda menaikkan aroma pewangi anda dengan cara yang betul. TIP 1 – Sekiranya anda menggunakan krim cukur, gunakan jenama pewangi yang sama seperti jenama krim cukur anda. Menggunakan jenama yang berbeza bukan idea yang hebat kerana kedua-dua bau yang berlainan akan menghasilkan aroma yang kurang menyenangkan. TIP 2 – Semburkan pewangi anda pada pakaian terutama pada bahagian atas baju atau jaket. Semburan boleh diarahkan pada bahagian kolar dan juga di bahagian leher anda. Leher dianggap sebagai tempat yang baik untuk memaksimumkan aroma pewangi anda. Tetapi anda perlu berhati-hati ketika menyembur pewangi p...

5 Tip Tangani Tekanan Di Tempat Kerja

Image
Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia disambut pada 10 Oktober setiap tahun sebagai satu usaha dalam menyebarkan kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan kesihatan insan merangkumi kesihatan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan spiritual. Kesihatan mental di tempat kerja adalah tema uta­ma sambutan pada kali ini yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Persekutuan Kesihatan Mental Sedunia. Yang pasti, tekanan dan bebanan di tempat kerja sewajarnya perlu diberikan perhatian. Akibat work overload, seorang pekerja berpotensi untuk tertekan dan seterusnya berpotensi untuk meningkatkan risiko ancaman terhadap kesejahte­raan pekerja dalam persekitaran pekerjaan pada abad ke-21 ini. Oleh itu, kami senaraikan 5 tip terbaik tangani tekanan di tempat kerja. 1. BERSYUKUR Cara pertama yang boleh diambil untuk mengatasi stres adalah dengan bersyukur. Menurut pakar psikologi Robert Emmons, rasa kesyukuran dapat membangkitkan sistem kekebalan psikologi dan sekaligun...

8 Sunnah Cara Rasulullah Menjaga Kesihatan Diri & Hidup Sihat

Image
Pernahkah anda terdengar bahawa Rasulullah pernah ditimpa sakit yang teruk? Sebenarnya Rasulullah banyak mencontohkan kepada kita bagaimana baginda menjalani hidup untuk kekal sihat. Benarlah, menghidupkan sunnah nabi akan memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan. Malah diberi pahala. Berbalik kepada tajuk asal, bagaimana cara Rasulullah menjaga kesihatan? Ini adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat. 1# SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran. 2# CARA RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN ADALAH DENGAN AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong ...

Kanser Bukan Berpunca Daripada Genetik Je, Doktor Ini Kongsi 3 Risiko Daripada Pemakanan Kita

Image
Kanser Bukan Berpunca Daripada Genetik Je, Doktor Ini Kongsi 3 Risiko Daripada Pemakanan Kita Kanser merupakan pembunuh utama dan dijangka menjadi pembunuh lebih besar dengan peningkatan 54 peratus bagi kes baharu menjelang 2025 sekiranya ia tidak ditangani. Menurut doktor Hafiz Sulaiman kanser ini bukan saja berpunca dari genetik tapi penyumpang utama kepada penyakit kanser ini adalah dari gaya hidup dan pemakanan harian kita. Terkejut saya baca perkongsian di blog parenting mengenai cupcake dan pastri tiada kaitan dengan kanser? Tak hairan ramai dapat kanser zaman moden ini terutama yang muda-muda dah dapat kanser orang tua seperti kanser usus. Lagi ramai wanita muda dapat kanser payudara. Kanser ini bukan cuma genetik semata-mata. Mohon ingat dan sebarkan kepada semua, 3 RISIKO UTAMA KANSER YANG BERKAIT PEMAKANAN: 1) OBESITI Menurut National Cancer Institute (NCI), obesiti berkait rapat dengan kanser endometrium, esofagus, perut, hati, buah pinggang, darah (multiple myeloma)...

6 Khasiat Taugeh Anda Patut Ambik Tahu, Salah Satu Tingkatkan Kesuburan Sperma!

Image
6 Khasiat Taugeh Anda Patut Ambik Tahu, Salah Satu Tingkatkan Kesuburan Sperma! Ada bermacam-macam jenis sayur yang kaya dengan vitamin dan serat yang baik untuk tubuh. Tapi, mesti ramai yang tidak tahu bahawa setiap jenis sayur mengandungi protein dan khasiat yang berbeza. Sayur taugeh, memang ramai yang tak sukakan sayur ini sebenarnya, tapi sebenarnya ia sangat baik terutama sekali untuk kuruskan badan dan kesuburan lelaki. Ini 6 kebaikan sayur taugeh yang ramai tidak tahu! 1. Sumber enzim Taugeh mengandungi 100 kali lebih banyak enzim berbanding sayuran dan buah-buahan yang tidak dimasak. Enzim ini adalah protein istimewa untuk meningkatkan fungsi organ dalam tubuh. 2. Sumber protein Taugeh boleh menggantikan sumber proteing baik yang lain seperti daging atau ayam. Taugeh mengandungi 35 peratus protein untuk tubuh. 3. Mudah dihadam Memandangkan jumlah enzim yang cukup banyak di dalamnya, taugeh mudah dihadam. Taugeh membantu mereka yang ada masalah perut kembung dan pengh...