Posts

Buat Lelaki Yang Suka Pinjam Barang Tetapi Tak Reti Nak Pulang, Baca Ini

Image
Buat Lelaki Yang Suka Pinjam Barang Tetapi Tak Reti Nak Pulang, Baca Ini Dalam masyarakat hari ini tidak sah kalau tidak meminjam. Meminjam bukan sahaja dalam bentuk wang , tetapi meminjam juga boleh dikaitkan dengan apa sahaja bentuk barangan, termasuk barang-barang bernilai seperti kenderaan ataupun apa sahaja aksesori kesayangan. Etika kali ini, mengajar anda untuk lebih beretika apabila sudah meminjam barang orang lain, walaupun rakan karib sendiri. 1-Pulangkan dalam keadaan asal Ini masalah orang kita sekarang. Tahu meminjam tetapi tidak pandai menjaga harta barang yang dipinjam. Sebelum meminjam pandai berjanji untuk belanja makan ataupun tengok wayang. Tapi rupanya indah khabar dari rupa. Barang yang dipulangkan koyak rabak dan rosak sana sini. Jika barang yang dipinjam berbentuk kenderaan, pastikan tidak ada kerosakan yang teruk. Jika sebaliknya, ini bukan sahaja memberi kesan negatif kepada si peminjam yang akan di cop tidak tahu menjaga harta benda tetapi mungkin pelua...

8 Pekerjaan Bergaji Tinggi Yang Langsung Tidak Perlukan Ijazah

Image
8 Pekerjaan Bergaji Tinggi Yang Langsung Tidak Perlukan Ijazah Ijazah atau kelulusan merupakan satu aset penting bagi seseorang individu dalam menjamin masa depan yang lebih cerah. Tetapi bagaimana pula jika seseorang itu tidak mempunyai sebarang kelulusan? Mungkin ada yang merasakan ijazah adalah segala-galanya untuk menjamin masa depan yang lebih cerah. Tanpa sebarang kelulusan pasti berasa sukar untuk mendapat pekerjaan. Hakikatnya, perkara itu tidak benar sama sekali. Jangan khuatir jika tidak mempunyai ijazah. Berikut adalah 8 pekerjaan bergaji tinggi yang tidak memerlukan kelulusan: 1. Juruterbang Tugas juruterbang datang dengan tanggungjawab yang berat dan komitmen yang sangat tinggi. Kursus latihan yang ketat perlu sedia dipasang diikuti dengan latihan yang berulang setiap enam bulan untuk mengekalkan lesen yang diperlukan untuk kerja. Peranan juruterbang adalah lebih daripada sekadar menerbangkan kapal terbang, yang perlu dilakukan dengan selamat dan ekonomi. Gaji yang...

Tiga Sektor Pekerjaan Paling Berisiko Tinggi Buang Pekerja Di Malaysia

Image
Lebih ramai pekerja mungkin dibuang tahun ini di Malaysia. Dalam keadaan ekonomi kurang baik hari ini, fenomena pembuangan pekerja dilihat semakin meningkat hari demi hari Namun, pembuangan kerja bukanlah berpunca daripada kemerosotan ekonomi semata-mata. Ini kerana perkara itu turut didorong oleh pelaksanaan sistem automasi di tempat kerja. Pelaksanaan sistem automasi dilihat lebih menjimatkan kos syarikat tetapi ia memaksa sesebuah syarikat menukar strategi perniagaan mereka sehingga menyebabkan lebih ramai pekerja terpaksa dibuang. Laporan Astro Awani memberitahu terdapat tiga sektor paling berisiko tinggi berdepan pembuangan pekerja Menurut Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan, tiga sektor paling berisiko tinggi berdepan pembuangan ialah sektor pembuatan, peruncitan dan kewangan susulan pelaksanaan sistem automasi. Tambahnya lagi, lebih ramai pekerja mungkin dibuang tahun ini di Malaysia. Dilaporkan 40,000 pekerja diberhentikan pada tahun 2...

Selalu Bangun Lambat? Susah Nak Bangun Pagi? Amalkan Langkah Ini

Image
Selalu Bangun Lambat? Susah Nak Bangun Pagi? Amalkan Langkah Ini. Pasti ramai di antara kamu yang susah untuk bangun pagi. Walaupun dah set alarm dan sudah bunyi banyak kali, tapi masih lagi sukar untuk bangun. Jom ikut langkah-langkah ini, lepas ni kamu sudah tidak ada masalah masuk kerja lambat! 1. Buatlah rutin malam hari sebagai persediaan untuk keesokannya. Setengah dari pertarungan untuk bangun pagi adalah tidur pada jam yang sesuai. Mulakanlah rutin malam hari dengan menyiapkan tubuh anda untuk santai dan menempatkan anda dalam gerakan rutin setidaknya 7-8 jam sebelum anda bangun pada keesokan paginya. Ini mampu diamalkan dengan mandi air suam, minum secawan teh chamomile, ambil nafas dalam atau meringkuk di atas katil, berselimut dan membaca atau menulis catatan anda. Ciptakan sebuah ritual yang benar-benar akan membuat anda dapat tidur dengan lena dan menyambut waktu bangun pagi dengan hati terbuka. 2. Matikan televisyen dan komputer pada jam sewajarnya. Televisyen d...

Mereka Buktikan Menjadi Model Tidak Perlukan Kesempurnaan Luaran Semata-Mata

Image
Siapa Pernah Bercita-Cita Nak Jadi Model? Tengok Ni, Mereka Buktikan Menjadi Model Tidak Perlukan Kesempurnaan Luaran Semata-Mata Bercita-cita untuk menjadi model sejak kecil? Tetapi terhalang kerana bentuk badan yang kurang menarik, rupa anda biasa-biasa sahaja dan kurang yakin dengan gaya penampilan anda. Kenapa perlu risau, mungkin suatu hari nanti impian anda bakal tercapai, jadikan wajah-wajah ini sebagai pemangkin untuk anda lebih bersemangat mengejar cita-cita sebagai model ternama. Ini adalah di antara model diversiti yang semakin diterima sejak kebelakangan ini di dalam medan fesyen dunia. 1.Zack Miko Model Plus Size pertama yang diterima di bawah agensi IMG Models 2.Elliot Jay Brown Wajahnya yang dipenuhi freckles membuatkan dia seorang model yang dipandang unik dan menjadinya trend 3.Shawn Ross Merupakan model lelaki albino pertama yang menjadi tumpuan para pengikut fesyen dunia 4.Deshun Model berusia 80 tahun ini masih edge dan sangat stailo di hadapan len...

Kalau Ada Ciri Ke 9, Sah Kamu Bertuah Punya Lelaki ‘Perfect’ Dunia & Akhirat!

Image
Kalau Ada Ciri Ke 9, Sah Kamu Bertuah Punya Lelaki ‘Perfect’ Dunia & Akhirat! Suami bukan sahaja merupakan ketua rumah, malah suami juga merupakan pelengkap hidup buat si isteri. Namun tidak semua bernasib baik mendapat suami seperti yang diidamkan dalam khayalan. Walau pun suami tak memiliki semua sikap ini tapi syukurlah jika dia ada sebahagian besar ciri ini. Tak semua manusia sempurna bukan. Anggaplah anda wanita yang bertuah kerana telah memiliki lelaki terbaik untuk jadi pasangan hidup yang mungkin didambakan oleh para isteri lain. 1. Dia masih cuba memenangi hati Walaupun sudah sah memiliki anda sebagai suri hidupnya tapi dia terus menambat hati anda. Dia suka memuji, memberi hadiah dan suka keluar berdua seperti waktu bercinta. 2. Dia meminta nasihat anda Meski punya kuasa veto tapi dia tetap meminta nasihat anda sebagai isteri dalam banyak perkara. Bukan sekadar mendengar tapi mempraktikkannya kerana menghargai isterinya. 3. Dia memuji isteri ketika bersama tema...

Betul Ke Wanita Lebih Setia Berbanding Lelaki

Image
Betul Ke Wanita Lebih Setia Berbanding Lelaki Media sosial adalah cabaran perkahwinan masa kini. Media sosial khususnya Facebook yang memaparkan gambar dan status yang menjadi penyebab penceraian. Banyak pertengkaran yang terjadi adalah berkaitan bekas kekasih pasangan, menghantar mesej peribadi secara rahsia, dan memuatnaik gambar yang tidak sepatutnya. Selain itu, kajian mendapati kebanyakan pasangan tidak berpuas hati terhadap pasangan selepas menemui sesuatu dalam laman Facebook pasangan dan menyembunyikan kata laluan daripada pasangan. Penggunaaan media sosial ini juga boleh membawa kepada hubungan yang tidak baik antara suami isteri kerana masing-masing mungkin tidak menjaga sensitiviti perhubungan mereka dengan memuat naik status dan gambar masing-masing yang tidak bersesuaian, untuk tatapan orang lain. Hubungan utuh terjalin dengan adanya sebuah kesetiaan. Memang sukar mahu kekal setia di era teknologi yang membenarkan kita menjalinkan hubungan persahabatan di alam maya....