Buat Lelaki Yang Suka Pinjam Barang Tetapi Tak Reti Nak Pulang, Baca Ini

Buat Lelaki Yang Suka Pinjam Barang Tetapi Tak Reti Nak Pulang, Baca Ini Dalam masyarakat hari ini tidak sah kalau tidak meminjam. Meminjam bukan sahaja dalam bentuk wang , tetapi meminjam juga boleh dikaitkan dengan apa sahaja bentuk barangan, termasuk barang-barang bernilai seperti kenderaan ataupun apa sahaja aksesori kesayangan. Etika kali ini, mengajar anda untuk lebih beretika apabila sudah meminjam barang orang lain, walaupun rakan karib sendiri. 1-Pulangkan dalam keadaan asal Ini masalah orang kita sekarang. Tahu meminjam tetapi tidak pandai menjaga harta barang yang dipinjam. Sebelum meminjam pandai berjanji untuk belanja makan ataupun tengok wayang. Tapi rupanya indah khabar dari rupa. Barang yang dipulangkan koyak rabak dan rosak sana sini. Jika barang yang dipinjam berbentuk kenderaan, pastikan tidak ada kerosakan yang teruk. Jika sebaliknya, ini bukan sahaja memberi kesan negatif kepada si peminjam yang akan di cop tidak tahu menjaga harta benda tetapi mungkin pelua...